Baru-baru ini, seorang wanita yang juga merupakan seorang guru berkongsikan pengalaman yang dialami oleh rakan sekerjanya menghadapi sikap ibu bapa pelajar.
Hantar foto pelajar tak siapkan kerja di group WhatsApp
Difahamkan, rakannya itu telah menghantar senarai nama 18 pelajar berserta foto yang tidak menyiapkan kerja sekolah di dalam group WhatsApp untuk memberi peringatan kepada ibu bapa untuk memantau proses pembelajaran anak mereka di rumah dan sama sekali tidak berniat untuk mengaibkan mana-mana pihak.
Namun begitu, siapa sangka tindakan guru terbabit telah mengundang rasa kurang senang sesetengah ibu bapa murid yang tersenarai.
Ibu bapa pelajar rasa maruah anak tercalar
Hal yang mengejutkan apabila mereka kemudiannya membuat aduan permasalahan terbabit ke Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) kerana merasakan guru terbabit telah mencalar maruah anak-anak mereka.
Perkongsian tersebut membukti bahawa menjadi seorang pengajar bukanlah satu perkara yang mudah, lagi-lagi di zaman kini tetapi ada saja ibu bapa yang menerima cara cikgu tersebut dengan pandangan positif.
Meninjau di ruangan komen, ada netizen yang mewakili kaum ibu bapa tidak bersetuju dengan cara guru berkenaan meletakkan foto murid di dalam group WhatsApp, sebaliknya lebih baik hanya hantar list nama.