Guru Dikritik Ibu Murid Kerana Beri Kerja Rumah Semasa Cuti Aidiladha

Trending

Guru Dikritik Ibu Murid Kerana Beri Kerja Rumah Semasa Cuti Aidiladha

Cuti Aidiladha sudah berakhir, tetapi tidak bermakna semua orang bercuti dengan sepenuhnya. Ada antara pelajar yang telah diberi kerja rumah oleh guru untuk disiapkan semasa cuti Aidiladha dan ini mengundang rasa kurang senang di kalangan segelintir ibu bapa.

Seorang pengguna Twitter mendedahkan, rakannya menerima mesej WhatsApp dari seorang ibu yang tidak berpuas hati anaknya terpaksa menyiapkan kerja rumah semasa cuti raya Aidiladha.

Advertisement

“Raya untuk beramah mesra dengan keluarga yang dah lama tak jumpa, bukan buat kerja sekolah di rumah.”

Ada yang menyokong tindakan guru kerana masalah sebenar ialah kegagalan ibu bapa untuk mendidik anak-anak menguruskan masa.

Namun ada juga yang berpendapat sepatutnya kerja rumah tidak diberi untuk cuti raya kerana itu ialah masa untuk bersama keluarga dan berjumpa sanak-saudara. Tiada masalah jika kerja rumah diberi semasa cuti yang lain.

Bagi anda, bagaimana pula?- amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...