Guru Bertindak Agresif, Tikam Kepala Murid 6 Tahun Dengan Pen Di Kepala – “Ayah Tengok Rakaman CCTV, Kena 7 Tusukan””

Trending

Guru Bertindak Agresif, Tikam Kepala Murid 6 Tahun Dengan Pen Di Kepala – “Ayah Tengok Rakaman CCTV, Kena 7 Tusukan””

Seorang guru di sebuah sekolah swasta didakwa telah menyerang dan mencederakan anak muridnya sehingga menyebabkan kanak-kanak berusia 6 tahun itu trauma.

Kejadian itu dikongsikan oleh seorang guru yang dikenali di media sosial, Mohd Fadli Salleh dan memaklumkan dia telah menemani rakannya untuk membuat laporan polis berhubung insiden terbabit.

Advertisement

Kes cikgu hempas anak dia kat meja kemudian tikam kepala dengan pen. Budak umur 6 tahun kot. Ayah melihat beberapa saat rakaman CCTV menangis dan menggigil badan lihat anak diperlaku sebegitu rupa.

foto kelas tadika

Cikgu Fadli juga berkata bapa mangsa telah membawa anaknya ke Hospital Selayang untuk mendapatkan pengesahan dan laporan rawatan dengan segera.

Sebelum ini kanak-kanak itu telah dibawa ke klinik swasta dan Hospital Sungai Buloh namun kerana ketika itu laporan polis belum dibuat, laporan rawatan hanya boleh didapati selepas seminggu.

Hospital Selayang

Kredit: Ssangyong

Difahamkan, kanak-kanak tersebut telah terkena tujuh tusukan di bahagian kepala dan kini trauma malah apabila lalu di hadapan sekolah pun dia sudah berasa takut.

Mama. Tutup cermin. Kakak takut.

 

Cikgu Fadli juga sempat menasihati orang dewasa yang mempunyai sikap baran atau tidak menyukai kanak-kanak agar tidak memilih profesion sebagai guru, pembantu pra mahu pun pengasuh.

Mohon jadi cikgu kalau jenis baran dan tak suka budak-budak ni. Tolong la jangan apply jadi guru swasta ke, pembantu pra ke, pengasuh ke apa.

Tambahnya, tadika swasta itu terkenal dan mempunyai 50 cawangan namun tidak boleh didedahkan nama selagi kes itu belum disebut di mahkamah.

komen cikgu fadli saleh

guru herdik tengking anak murid
5 days ago

Murid Menangis Dikepung 4 Guru, Ditengking Di Kantin Sekolah - "Cikgu Malukan Dia, Siap Suruh 1 Kelas Tengok"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...