Makin lama makin tenat perangai curang orang kita ni. Dalam satu perkongsian di media sosial, seorang wanita kantoi berbalas mesej dengan guru kelas anaknya.
Semuanya bermula dengan bertanyakan pendapat dan membincangkan hal yang perlu namun lama kelamaan hubungan itu menjadi lebih akrab.
Wanita itu dan guru lelaki terbabit akhirnya menjalinkan hubungan sedangkan masing-masing sudah mendirikan rumah tangga.
Di saat suami sibuk mencari nafkah, dia bermadu kasih terhadap suami orang lain.
Kecurangan wanita itu akhirnya diketahui sang suami yang mendapat tahu mereka berdua memanggil satu sama lain dengan panggilan ‘abang-sayang’.
Lebih menyakitkan hati, alasan guru berstatus ustaz tersebut apabila sudah kantoi adalah kerana isterinya di rumah seorang yang garang membuatkan dia jatuh hati kepada ibu muridnya yang manja dan ceria.
Mereka berdua akhirnya bercerai dengan pasangan masing-masing kerana kemaruk cinta dan kebenaran terbongkar selepas bekas suami wanita itu berjumpa dengan bekas isteri guru terbabit.
Masakan tidak garang di rumah? Nafkah tak pernah dicukupkan. Isteri kena buat macam macam untuk tampung ketidak-cukupan daripada suami.
Perkongsian itu mendapat perhatian ramai warganet di mana ramai yang memberi kata -kata refleksi untuk individu yang sudah mempunyai pasangan hidup agar menjaga ikhtilat, pandangan dan maruah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.