Gurauan ‘Sama-Sama Banduan’ Dikecam, Pu Rahmat Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim

Hiburan

Gurauan ‘Sama-Sama Banduan’ Dikecam, Pu Rahmat Mohon Maaf Pada Anwar Ibrahim

Aktivis kemanusiaan dan juga pendakwah, PU Rahmat menjadi bualan ramai selepas bergurau menyatakan beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘sama-sama banduan’.

Orang ramai meluahkan rasa kurang senang memandangkan gurauan itu dibuat secara terbuka seolah-olah memperlekehkan kedudukan Perdana Menteri yang perlu dihormati.

Advertisement

Difahamkan, gurauan itu dibuat ketika PU Rahmat berucap di malam Solidariti Sumud Flotilla yang berlangsung Axiata Arena sebentar tadi.

Menyedari perkara itu, Rahmat tampil memohon maaf menerusi satu hantaran di Facebook.

PU Rahmat menjelaskan gurauan itu tidak bermaksud menghina atau memperlekehkan sesiapa, sebaliknya sekadar mengimbas kembali detik humor antara mereka berdua.

PU rahmat mohon maaf pada PMX

Dalam hantarannya, Rahmat turut mengakui bahawa beliau akan lebih berhati-hati pada masa hadapan dan mengambil pengajaran daripada teguran netizen.

Rata-rata netizen memberikan reaksi berbeza terhadap kenyataan tersebut. Ada yang memahami maksud gurauan itu sebagai spontan dan tidak serius, manakala ada juga yang berpendapat ia tidak sesuai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-08 19:35:47

"Walaupun Pakai 'Fake Account', Bod*h Tu Tetap Real" - Tuan ZRA Tempelak Mereka Yang Kritik Misi GSF Sebagai Gagal, Nak Raih Populariti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...