Gurauan Rasis Tanya Menu Kelawar, Pengusaha Restoran China Muak Layan ‘Prank Call’

Dunia

Gurauan Rasis Tanya Menu Kelawar, Pengusaha Restoran China Muak Layan ‘Prank Call’

Sejak pandemik Covid-19 menyerang dunia, rata-rata masyarakat menyatakan wabak itu berasal dari China kerana ia mula dikesan di bandar raya Wuhan, Hubei, China.

Baru-baru ini, pasangan pengusaha restoran mendedahkan pengalaman mereka yang menjadi mangsa ‘prank call’ oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Advertisement

Pasangan itu merupakan pemilik bagi restoran Kungfu Kitchen Chinese di Reading, Berkshire, England.

Pengusaha restoran yang mahu dikenali sebagai Steven Mann dan isterinya Joanna yang berbangsa China menyatakan ada individu yang menghubungi mereka semasa restoran dibuka untuk bertanyakan menu haiwan eksotik seperti kelawar di restoran berkenaan.

coronavirus

Tambahnya, haiwan kelawar telah menjadi bahan gurauan disebabkan ianya pernah menjadi punca utama penularan Coronavirus di bandar raya Wuhan, sekitar 2019.

“Ia membazir masa kami. Ia menjengkelkan. Kami nak jalankan perniagaan tapi asyik menerima panggilan ini”. 

Dalam masa yang sama, ada juga pelanggan yang turut bertanya menu masakan daging anjing dan kucing kepada pengusaha itu.

SUMBER

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...