Gurauan Naiki Belon Udara Panas Bersama Sharnaaz Ahmad Tular, Shukri Yahaya Nafi Sindir Sesiapa

Hiburan

Gurauan Naiki Belon Udara Panas Bersama Sharnaaz Ahmad Tular, Shukri Yahaya Nafi Sindir Sesiapa

Ingat tak baru-baru ini apabila video perbualan Shukri Yahaya dan Sharnaaz Ahmad tular dan menjadi bahan ketawa ramai orang?

Antara sebab mengapa ia berjaya mencuit hati ramai ialah kerana dua-dua pelakon itu menyelitkan isu rentas negeri atas urusan kerja dan juga menaiki belon panas sebagai topik gurauan.

Advertisement

Disebabkan oleh itu, ramai yang menebak bahawa usikan Shukri itu sebenarnya berkaitan dengan beberapa individu yang pernah mempunyai kaitan dengan Sharnaaz.

Berkenaan usikan mengenai pelawaan menaiki belon udara panas, netizen menebak ianya berkaitan cara lamaran Engku Emran buat Noor Nabila yang juga merupakan bekas isteri Sharnaaz.

Walaubagaimanapun, Shukri tampil menafikan dakwaan itu selain mengatakan bahawa perbualan mereka itu tidak berkait dengan sesiapa pun, menurut laporan mStar Online.

“Dalam video itu saya hanya bergurau dengan Sharnaaz dan ia tidak melibatkan atau ditujukan kepada sesiapa.”

shukri yahya dan sharnaaz ahmad

Jelas Shukri lagi, dia memang suka berbual secara spontan dengan Sharnaaz dan mahu menunjukkan kepada peminat pelakon lelaki itu bahawa dia seorang yang kelakar.

“Yela, selalu dalam media sosial dia, orang nampak Sharnaaz macam seorang yang serius, sebab itu saya suka kacau kalau dia buat IG Live. Saya ajak dia berborak agar peminat dapat tengok sisi lain Sharnaaz yang sebenarnya merupakan seorang pak lawak.”

Shukri juga mengatakan bahawa gaya percakapannya mula berubah apabila mula rapat dengan Sharnaaz sejak 4 tahun lalu.

Selain itu bapa kepada dua cahaya mata ini juga berkata persahabatan dengan aktor kelahiran Pulau Pinang berkenaan
sedikit sebanyak mempengaruhi cara percakapannya.

“Kami mula rapat sejak empat tahun lalu dan memang suka bergurau kasar antara satu sama lain. Kalau borak dengan dia automatik akan bertukar cakap macam orang Penang… padahal saya orang KL.”

Pelakon itu juga mengakui bahawa disebabkan personaliti mereka yang suka bergurau membuatkan keduanya boleh rapat.

“Itulah penangan kalau dah rapat dengan Sharnaaz. Dalam drama memang orang nampak saya selalu berlakon watak macam lelaki serius dan bergaya macho tapi sebenarnya saya pun suka melawak dan bergurau macam Sharnaaz… itu yang kami boleh jadi kamceng.”

Bergurau sahaja, janganlah ambil serius kan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...