Gurau Bermain Pemetik Api Ketika Isi Petrol, Motosikal Hampir Terbakar Disambar Api

Trending

Gurau Bermain Pemetik Api Ketika Isi Petrol, Motosikal Hampir Terbakar Disambar Api

Padah bermain pemetik api ketika mengisi minyak, dua remaja lelaki nyaris terbakar apabila api menyambar tangki minyak motosikal dan nozzle.

Advertisement

Dalam kejadian jam 3.45 petang di Stesen Petron Taman Makmur Kluang itu, salah seorang remaja terbabit sedang mengisi minyak motosikalnya, sementara dua rakannya bergurau menyalakan pemetik api berdekatan dengan tangki minyak motosikal itu.

Gurauan rakannya itu mengundang padah apabila api mula menyambar motosikal dan serta merta mangsa mencampak nozzle tersebut. Panik dengan kejadian itu, beberapa rakannya pantas melarikan diri sementara mangsa pula cuba memadamkan api pada motosikalnya.

Tindakan pantas kakitangan stesen minyak tersebut berjaya memadamkan kebakaran kecil itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...