Gunung Huangshan Diserbu 20 Ribu Orang Rakyat China Selepas Bebas COVID-19

COVID-19

Gunung Huangshan Diserbu 20 Ribu Orang Rakyat China Selepas Bebas COVID-19

Sebaik sahaja negara China pulih daripada serangan wabak COVID-19, rakyat China terus meraikannya dengan keluar bercuti di dalam negara. Pusat pelancongan wilayah Anhui menerima jumlah pengunjung yang luar biasa pada hujung minggu lepas dan memaksa pihak penganjur untuk menutup kawasan pelancongan itu seketika.

Kira-kira 20,000 ribu pengunjung yang datang ke Gunung Huangshan pada satu masa dan memperlihatkan situasi yang sangat padat di kawasan tersebut. Orang ramai yang datang ke kawasan Gunung Huangshan atau Yellow Mountain tidak mengambil langkah pencegahan meskipun China sudah dikira bebas daripada wabak COVID-19.

Advertisement

Antara sebab mengapa Gunung Huangshan diserbu pengunjung yang terlalu ramai ialah kerajaan wilayah Anhui sendiri yang menawarkan tiket masuk secara percuma di 29 tempat pelancongan yang terdapat di wilayah Anhui. Penawaran ini dibuat untuk menarik kembali pelancong setelah China mengisytiharkan darurat di negara mereka akibat virus tersebut.

Pihak penganjur telah mengambil langkah pencegahan dengan masih memeriksa suhu pengunjung di samping menyuruh pengunjung memakai topeng muka. Pengunjung juga perlu menyertakan bukti status kesihatan yang telah disahkan oleh doktor.

Khuatir masih terdapat penyebaran virus

Gunung Huangshan

Walau bagaimanapun, penutupan kawasan pelancongan itu disebabkan pengunjung yang terlalu ramai dan melebihi jangkaan. Selain itu, keadaan ini berisiko besar untuk membiarkan orang ramai bersesak dan tidak menjaga jarak antara satu lain. Orang ramai dinasihatkan untuk kembali semula pada hari yang lain.

Walaupun sudah pulih daripada wabak itu, China masih perlu sentiasa berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang peluang untuk wabak ini menyerang semula. Penjagaan jarak sosial masih perlu diperketatkan untuk memastikan rakyat China sentiasa dalam keadaan berhati-hati. Kebanyakan negara yang menerima serangan COVID-19 telah pun melarang sebarang perhimpunan skala besar di sepanjang tahun 2020.

Kerugian besar sektor pelancongan

wuhan chinaKesan wabak COVID-19 di negara China antara salah satunya ialah sektor pelancongan terjejas teruk. Presiden Pelancongan China bagaimanapun menganggarkan kenaikan pelancongan dalam negeri akan meningkat sebanyak 56 peratus pada tahun ini.

Beberapa tempat utama pelancongan terkenal di China terpaksa ditutup ketika wabak COVID-19 sedang melonjak. Penutupan tempat pelancongan seperti Shanghai Oriental Pearl dan Menara Shanghai Jinmao menyebabkan negara tersebut kerugian hampir 1.2 trilion Yuan  dalam sektor pelancongan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...