Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan mencemar duli melawat ke Hospital Sultanah Aminah bagi melihat sendiri perkembangan semasa tragedi kebakaran di hospital berkenaan, lapor Harian Metro.
Baginda dalam lawatan berkenaan juga telah bertitah supaya Wad Diraja di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dibuka sementara bagi menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Baginda Sultan telah memberi keizinan menggunakan wad Di Raja sejurus selepas melawat lokasi kebakaran.
“Sultan Johor bertitah supaya Wad Diraja yang lama di hospital ini digunakan sementara untuk dijadikan wad ICU dan menempatkan pesakit,” katanya.