Setiap individu mempunyai jalan yang berbeza dalam dunia. Dimana ada yang menghabiskan waktu muda dengan bergembira bersama rakan-rakan dan ada juga mengambil keputusan untuk membina keluarga sendiri.
Tetapi melalui hantaran yang dimuat naik semula dalam Facebook ini, memaparkan individu berkata diri mereka lebih memilih untuk tolak luggage dari menolak stroller di usia muda.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian pengguna Facebook, dimana rata-rata mengkritik balik pandangan anak-anak muda itu.
Menurut beberapa netizen, lebih baik untuk menolak stroller di usia muda dan masih kuat untuk bercuti dengan anak-anak apabila mereka sudah meningkat remaja kerana usia tidak terlalu tua.
Biarpun ramai yang mengecam, ada juga sesetengah netizen merasakan setiap orang mempunyai pandangan sendiri dan tidak salah untuk mereka lebih memilih untuk menolak luggage dari menolak stroller.
Difahamkan, pandangan yang dilakukan oleh anak-anak muda mengenai lebih memilih bercuti seluruh dunia dari mempunyai keluarga di usia muda itu merupakan trend di platform media sosial.