Sering terpalit dengan kontroversi, YouTuber Korea, Daud Kim kini trending di laman Twitter dan kembali menjadi bualan netizen selepas tular beberapa video yang memaparkan dirinya berada di sebuah kelab malam dan sedang mabuk.
Difahamkan, video tular itu diambil oleh pengguna media sosial menerusi Instastory rakan Daud Kim.
Susulan itu, muncul dakwaan bahawa Daud Kim hanya mempergunakan agama Islam demi konten dan hanya untuk mendapatkan pengikut yang ramai.
To who's wondering what happened to daud kim this video can explained it… Literally he's disappoint me thoo??I used to be his followers and now???https://t.co/YO7X4RHzXg
Here's the link!!! Spread this guys so that we shouldn't follow him!! pic.twitter.com/nysQmCYFrx— iqah??????? (@iqahcadburry) February 11, 2022
Meninjau diruangan balas, rata-rata pengikut Daud Kim berasa kecewa dengan tindakannya yang tidak mencerminkan ajaran Islam apabila dilihat berpesta dan mabuk di sebuah kelab malam.
Bukan itu sahaja, para pengikut turut hilang rasa hormat apabila tindakan Daud Kim yang dilihat tidak bertanggungjawab terhadap isteri dan anak-anaknya.
Terdahulu, video yang dimuat naik isteri kepada Daud Kim juga tular dimana dia menunjukkan anggota badannya cedera dipercayai dipukul oleh Daud Kim.