Pada zaman yang serba canggih dengan teknologi dan media sosial sekarang ini, tidak hairanlah ramai ibu bapa yang risau dengan kandungan yang ditonton anak mereka.
Sebab itulah jugalah, wujudnya pelbagai jenis aplikasi atau kandungan di media sosial mesra kanak-kanak yang boleh dipantau oleh ibu bapa sendiri.
Namun, pendedahan seorang wanita baru-baru ini tentang kandungan daripada aplikasi popular mengejutkan dan merisaukan ramai.
Wan Nur Syakira sering membicarakan tentang hal parenting dan telah mendedahkan bahawa aplikasi Youtube Kids yang terkenal itu rupanya turut mempunyai kandungan tidak elok untuk kanak-kanak.
Ni antara video dalam Youtube Kids yang guna watak kartun tapi konten mengarut untuk kanak-kanak.”
YouTube Kids pun tak selamat. Ni antara video dalam YTK yang guna watak kartun tapi konten mengarut utk kanak-kanak. Saya dapat tau pasal video ni pun dari western parent di Facebook yang share gambar ni dan dia terus ban YTK utk anak dia. https://t.co/VkNjGyvC7D pic.twitter.com/sLXP6L3fmW
— wannursyakira (@wannursyakira2) January 21, 2023
Katanya, meskipun boleh tapis dan kawal kandungan yang ditonton oleh anak namun ibu tersebut masih terjumpa video mengarut seperti itu.
Jelas Syakira, kandungan itu didapatinya daripada ‘western parent’ di Facebook dan tidak dapat dipastikan sama ada konten sebegitu juga ada di Youtube Kids di negara kita.
Ramai netizen terkejut dengan perkongsian tersebut dan risau dengan pengaruh kandungan sebegitu terhadap kanak-kanak.
Selain itu, ada yang mencadangkan agar ibu bapa mula perkenalkan anak dengan aplikasi lokal yang selamat untuk kanak-kanak.
Sementara itu, seorang lelaki yang bekerja dengan syarikat Youtube turut menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana Youtube Kids berfungsi.
Tapi bukan bermaksud, satu video set "it's made for kids" terus keluar dekat YT Kids, TIDAK.
Content dari seluruh channel tersebut juga mestilah "made for kids"
Untuk kes "Junny TV" tu, content dia originally mmg made for kids, tapi…
— Zul Norizan ?? (@mzulfiqor) January 22, 2023