Guna Vape Tujuan Berhenti Merokok, Tapi RM20,000 Melayang Buang Tonsil

Kehidupan

Guna Vape Tujuan Berhenti Merokok, Tapi RM20,000 Melayang Buang Tonsil

Semua orang tahu bahawa sebelum ini terdapat kes kematian akibat penyakit paru-paru kerana tabiat mereka menghisap vape dengan kerap.

Buat sesetengah orang, mereka menggunakan vape bertujuan untuk berhenti merokok. Namun, rokok elektronik ini juga mampu mengundang risiko terhadap kesihatan anda.

Advertisement

Ini telah dikongsikan oleh Wan Muhamad Amirul yang menceritakan pengalaman buruknya apabila terpaksa menjalani pembedahan yang mencecah RM20,000 untuk membuang tonsil.

Ini kerana, ketumbuhan tonsil itu dipercayai berpunca daripada wap air vape atau caliburn.

Beliau mengatakan, tonsil dan ketumbuhan di dalam hidungnya berkemungkinan besar berpunca daripada wap air vape atau caliburn.
tonsil bengkak

Sebelum ini beliau mempunyai niat untuk berhenti merokok dan menggantikan rokok kepada rokok elektronik.

Saya mengambil jalan mudah untuk berhenti merokok dgn menggantikan rokok kepada rokok elektronik ni. 3 bulan sebelum ini, memang terlalu kerap saya menghisap vape atau caliburn. Sehinggakan saya boleh katakan taknak pada rokok ! Katakan TAKNAK PADA ROKOK.

Vape bukan jalan mudah berhenti merokok

Bagi pendapat beliau, vape atau caliburn bukan pilihan untuk anda berhenti merokok. Ini kerana ia tidak sesuai dengan antibodi sesetengah manusia.

Saya bukan mengatakan rokok itu lebih baik daripada vape atau caliburn, tetapi bergantung kepada diri masing-masing.

Katakan tidak pada vape

Sekarang katakan TAK NAK PADA VAPE! Pendapat saya, cecair atau flavour vape atau caliburn punca tonsil membesar dan menghasilkan kuman sekaligus menyebabkan ketumbuhan di dalam hidung.
katakan tidak pada vape
Sekiranya anda bertemu dengan pakar, soalan lazim yang akan ditanya, adakah anda merokok? Jika merokok mereka hanya tersenyum.

Kos pembedahan

kos pembedahan RM20,000

Nasihat beliau kepada semua agar semua sedar bahawa kos rawatan di hospital sangat mahal akibat merokok.

“Bukan benda main-main bila diri kita jatuh sakit. Lagi-lagi sakit bila kena operate di tiga tempat utama.”

Mengapa orang ramai memilih untuk menghisap vape? Adakah untuk berhenti merokok atau ada sebab-sebab lain? kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

 

Sumber: Facebook

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...