Kecoh sekarang ini di negara China kes berkenaan COVID-19 semakin bertambah dan sudah tidak dapat dikawal lagi oleh kerajaan sana hinggakan ada khabar angin berkata, ramai rakyat mereka yang bakal berpindah ke Malaysia tidak lama lagi.
Biarpun kes positif di China dikatakan akan memberi kesan kepada masyarakat, pelakon Rita Rudaini masih berpegang teguh enggan mengambil dos vaksin COVID-19.
Menurut Rita di Instagram, kerajaan hanya perlu menutup pintu masuk daripada pelancong negara tersebut memasuki Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga dan bukannya memberi cadangan mengambil dos penggalak vaksin lagi.
Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit terbabit minta pihak kerajaan untuk mendidik rakyat mengambil makanan tambahan yang mampu meningkatkan sistem imun badan.
Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga berbesar hati kongsikan petua bahan yang digunakan untuk tingkatkan sistem imun, biarpun pernah dikecam ramai sebelum ini.
Tambahannya lagi, Rita turut meluahkan rasa syukur walaupun tidak pernah mengambil vaksin, dia tidak pernah dijangkiti virus terbabit selama 3 tahun ia merebak.
Sekadar info, Rita Rudaini teruk dikecam ramai sebelum ini kerana secara terbuka memberitahu di media sosial dirinya tidak mempercayai vaksin dan tidak akan mengambilnya.