Guna Ular Untuk Promosi Bedak Asas, Wanita Ini Dikecam

Trending

Guna Ular Untuk Promosi Bedak Asas, Wanita Ini Dikecam

Produk kosmetik yang dijual di farmasi biasanya meletakkan label ‘ujian tidak dilakukan pada haiwan’ tetapi lain pula kisahnya dengan seorang wanita yang mempromosikan satu produk bedak asas di Facebook. Mengunakan fungsi Facebook Live, dia dilihat menyapu bedak cecair asas satu jenama pada seekor ular untuk membuktikan bahawa bedak asas itu mampu menutup cela pada kulit dengan sempurna.

Advertisement

Aksinya disambut kecaman oleh pengguna Twitter.

Grammar ke laut.
“Ular ke yang beli foundation dia?”

“Idea pemasaran yang bodoh.”

“Penderaan haiwan.”

Sehubungan itu, ada yang menarik perhatian PERHILITAN kepada wanita itu untuk diambil tindakan.

Macam-macam cara orang sekarang ingin tularkan produk. Yang mereka cerita pun ada, kini ada yang mendera haiwan.

Sepatutnya anda tahu perkara seperti ini hanya akan menjejaskan produk tersebut. Jika ia bagus, tunjukkan hasilnya menggunakan manusia.

Menggunakan haiwan untuk testimoni produk kosmetik tidak pernah dilakukan mana-mana jurusolek profesional dalam dan luar negara. Harap ambil pengajaran. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...