Ramai diantara kita semua akan membeli barangan dapur seminggu sekali atau sebulan sekali bergantung kepada barangan di rumah kita.
Pasar raya sudah sebati dengan diri kita semua bagi mendapatkan barangan dapur dalam kuantiti yang banyak untuk memudahkan kehidupan kita semua setiap hari.
Apabila sudah membeli barangan dapur dalam kuantiti yang banyak pastinya kita semua akan menggunakan troli untuk membawa barangan yang dibeli.
Tetapi kami pasti anda hanya menggunakan troli yang telah disediakan oleh pasar raya tanpa mengetahui fungsinya?
Contohnya gelung besi tambahan yang terletak peda ruangan tempat duduk kanak-kanak itu. Apa fungsinya?
Kenapa gelung besi?
Ruangan lebih luas
Ia sebenarnya adalah tempat pegantung plastik apabila anda selesai membeli barang di pasar raya.
Pasti selama ini kita semua pening nak fikir barang penuh dalam troli. Sebab itu gelung besi disediakan untuk beri ruangan yang besar pada semua pembeli mengantungkan barangan yang banyak.
Walaubagaimanapun, ianya tidak akan menjejaskan ruang pada bahagian lantai troli yang anda gunakan. Oleh itu, anda boleh terus membeli barangan keperluan anda tanpa perlu risau ruangan troli tidak mencukupi.
Kualiti barang terjaga dan tidak mudah pecah
Gelung itu juga akan membuatkan barangan anda tidak mudah rosak dan pecah. Jika anda membeli telur dan roti pastinya ia tidak akan rosak akibat ditindih dengan barangan yang lebih berat.
Pasti anda semua baru tahu disebalik troli yang sering digunakan terutamanya gelung terpacak.
Jika hari ini anda dan keluarga keluar membeli barangan dapur tak payah risau lagi barang rosak dan bertindih dengan barang lain terutama telur sepapan.
Selamat membeli barangan dapur pada awal bulan ini, maklumlah gaji dah masuk.
Sumber: guff