Teknik kreatif dan inovatif seorang seorang suri rumah yang menjalankan perniaagaan makanan secara kecil-kecilan di rumahnya mendapat perhatian netizen.
Viral video cara penghantaran makanan yang hanya menggunakan beg kitar semula serta tali yang akan diturunkan dari tingkat empat sebuah pangsapuri kepada pelanggan yang berada di bawah rumah.
Kaedah ini boleh dikatakan agak ringkas, tetapi sebenarnya ia satu idea di luar kotak yang mampu menjimatkan masa dan tenaga dengan cara yang sangat efektif.
Pelanggan tak perlu naik tingkat 4, ‘drive thru’ je
ibu saya fully house-mother, jaga 6 orang anak kwan2 dia. bila ada masa, ibu jual cheezy wedges and macaroni cheese. tapi lain mcm sikit ibu punya delivery ? buyer tak perlu naik atas tingkat4 sbb kita boleh drive thru mcm ni! doakan semoga ibu murah rezeki selalu yaa ???? pic.twitter.com/7uKatbhMMP
— ? (@nadeeeeeeya) April 9, 2019
Netizen puji teknik kreatif, doa agar dimurahkan rezeki
Hargai segala pujian dan doa
Siapa sangka tenik ini meningkatkan lagi produktiviti perniagaan wanita ini, idea yang sangat baik kan? Kami juga mendoakan agar beliau semakin murah rezeki selepas ini.