Written by serenity | January 26th, 2018

Gara-gara merakam dan mengongsikan video aksi menembak menggunakan senapang patah tanpa lesen, pelakon Hairul Azreen, 30, telah dipanggil untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah, Seri Iskandar, Perak.

Mendakwa tidak tahu ia merupakan satu kesalahan, Hairul mengakui kesalahannya dan menganggapnya satu pengajaran buat dirinya dan semua pihak:

Ini pengajaran kepada saya dan juga orang lain juga yang tidak tahu ia satu kesalahan.

Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu dengan rakam gambar (sambil memegang senapang dan menembak), salah di sisi undang-undang. Saya banyak berlakon dalam filem aksi. Jadi, saya mahu rasa pegang sendiri.

Apabila diberitahu polis sebentar tadi, ini pengajaran buat saya dan kesilapan yang saya tak akan saya ulangi lagi. Alhamdulillah, saya dibebaskan dengan jaminan polis.

Berita Harian melaporkan, rakaman video Hairul melepaskan dua das tembakan menggunakan senapang patah jenis SK500 milik bapa saudaranya yang berusia 70 tahun telah menjadi viral sejak beberapa hari lepas, mendorong pihak polis memanggilnya.

Benda nak jadi, hendak buat macam mana? Bagaimanapun, sesi memberi keterangan sebentar tadi berjalan lancar dan polis banyak menerangkan mengenai perkara yang saya tidak tahu, dan kebanyakannya perihal undang-undang.

Walaupun saya berlakon dalam filem kepolisan atau tentera, undang-undang tetap perlu dijaga.

Hairul telah menggunakan senjata itu ketika singgah di rumah bapa saudaranya di Perak, yang merupakan lokasi persinggahan untuk dia memancing ikan. Bapa saudaranya turut kelihatan dalam rakaman video tersebut. – beautifulnara.com

27 responses to Guna Senapang Patah Tanpa Lesen, Hairul Azreen Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

  1. Anonymous says:

    tu la akibatnya semua nk tunjuk. akhirnya kantoi…

    51

    0
  2. bedah says:

    jgn jadi hero malaya parit kamil pulak. dah salah x ngaku. siap sengeh2 keluar makamah. eeee..apalah punya perangai…

    12

    2
  3. huh? says:

    pelik nya ko tak tahu. pistol tu kot …bukan periuk.

    34

    -7
  4. Anonymous says:

    ni la dipanggil……otak belom sampai.

    17

    0
  5. Anonymous says:

    dia ingat pistol tu mcm kayu golf ke haper? sedihlah ko!

    9

    0
  6. Babuji says:

    Memburu tanpa lesen dan menggunakan pestol tanpa lesen adalah bingai tahap 3… sekian.

    28

    0
  7. Tk says:

    Who is the next celebrity ke balai polis?

    7

    0
  8. Anonymous says:

    Gambo tu..nmpk busok sgt muka. Kepammm!!!

    17

    0
    • Apa tk bleh says:

      Setuju.. geli plak aku tengok badan dia.. dahlah pendek nak sado kan badan.. nampak cam katik kepala besar..

      11

      0
  9. Anonymous says:

    musim retis2 lepak di balai?

    7

    0
  10. anonymous says:

    padan muka bodoh,berlagak macam kau sorang kaya semua nak tunjuk

    10

    0
  11. Anonymous says:

    Hairul ni memang bodoh sikit. English macam hauk tak caya tengok hairulhanis junior. Hanis tu terima sebab duit je. Masa lamar pun respon hanis thank you je lol

    8

    1
  12. Anonymous says:

    Bila semua nak tunjuk

    7

    0
  13. xx says:

    hairul ni kejutan budaya sket smnjak kawen hanis.. smua nak tayang…bangga betol ruma mentua buat swimming pool, balik2 nak post pic swmg pool tuh kt ig ..sama betol perangai dgn mak mertua gile glemer mak nani tuu..pastu kalau bercakap ke mnyanyi ke bikin meluat tgk…ketara attention seeker..huh…padan la ko smpi pki senapang pun nak tayang..ketara bodoh

    20

    0
  14. Saper2 je la says:

    Bahana suka beno menayang…rasakan…kuang kuang kuang

    7

    0
  15. anonymous says:

    malayu kalau kulit cerah badan sado lawa la contoh arron n fatah tapi kalau kulit panau n karat n berkerak seperti di atas ..eeeeuuuuuww busuk ,tak payah nak tunjuk la loya ko simpan tuk bini kau dah,lagi satu klau katik terlampau hadoi LOL contoh terdekat saizi sam LOL

    5

    0
  16. Anonymous says:

    Kesian retis ketaralah tidak ambil tahu undang2…. ini malaysia pegang senapang angin yg pelurunya guli pun kena tangkap

    3

    0
  17. Anonymous says:

    Kepam wei!!

    2

    0
  18. intan payung says:

    that why ilmu itu penting. Kalau nak menunjuk, buat dalam rumah, kasi ank bini tengok sudah. Berapa lama hendak hidup cari perhatian orang?

    0

    0

Leave a Comment

Optional