Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam, Rihanna Dikecam Netizen

Trending

Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Pertunjukan Pakaian Dalam, Rihanna Dikecam Netizen

Bertindak menggunakan petikan hadis yang dimuatkan dalam lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya, Savage x Fenty tempoh hari, penyanyi popular Rihanna dikecam netizen.

Pertunjukan fesyen yang dilaksanakan dalam format virtual itu memaparkan aksi model tampil berpakaian seksi sambil menari berlatar belakangkan muzik tersebut.

Advertisement

Difahamkan lagu remix berjudul Doom itu dicipta oleh Coucou Chloe sejak empat tahun lalu dengan menggunakan petikan hadis Nabi Muhammad S.A.W. mengenai hari kiamat.

Lebih mengejutkan, lagu tersebut juga bukan pertama kali digunakan, malah ia pernah melatari pertunjukan fesyen Fenty x Puma pada tahun 2017.

Terdahulu, penyanyi yang popular menerusi lagu Umbrella sebelum ini khabarnya pernah menyentuh sensitiviti umat Islam dunia apabila mempamerkan model berhijab dalam iklan jenamanya.

Rentetan kejadian, ramai dalam kalangan netizen menyeru wanita ini membuat permohonan maaf terbuka berikutan isu berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...