Baru-baru ini, jenama teh popular China iaitu Chagee sedang dilandang kontroversi susulan menggunakan peta yang menampilkan Garis Sepuluh Sempang (Ten-Dash Line), di mana ia menunjukan tuntutan China ke atas Laut China Selatan.
Chagee diserang netizen, guna peta Ten-Dash Line
Difahamakan, peta itu dipaparkan di dalam aplikasi Chagee, di mana kawasan James Shoal, North Luconia Shoals dan South Luconia juga termasuk.
Menurut info ramai, garis ‘Ten-Dash Line’ merupakan peluasan ‘Nine-Dash Line’ yang dituntut oleh maritim China sebelum ia ditolak oleh Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa pada tahun 2016.
Platform X/twitter tak nampak sangat isu Chagee.
Chagee menggunakan peta yang memaparkan Ten-dash line di laut china selatan termasuk perairan Malaysia. pic.twitter.com/MNCW7zEWWm
— sapikk (@syafieqzubir) March 18, 2025
Netizen seru rakyat boikot Chagee
Bagaimanapun, China masih berkeras menggunakan peta berkenaan di pelbagai platform, termasuk di aplikasi jenama teh popular tersebut.
Susulan itu, kebanyakan netizen meluahkan rasa berang dan bimbang kerana merasakan ia merupakan ‘soft-propaganda’ daripada pihak China serta menyeru rakyat Malaysia memboikot jenama teh tersebut.
Sedar dengan amarah netizen, Chagee telah pun menurunkan aplikasi berkenaan.