Guna Perkataan Kesat Dalam Perjumpaan ‘Online’, Pengerusi Thai AirAsia Mohon Maaf

Trending

Guna Perkataan Kesat Dalam Perjumpaan ‘Online’, Pengerusi Thai AirAsia Mohon Maaf

Pengerusi Eksekutif Asia Aviation Public Company Limited (AAV), Tassapon Bijleveld yang juga merupakan Pengerusi Thai AirAsia Co Ltd dipercayai berkelakukan tidak profesional semasa perjumpaan secara maya bersama dengan kakitangan yang lain.

Perjumpaan itu juga turut disertai oleh Tony Fernandes selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia yang membincangkan tentang kerjasama syarikat penerbangan dengan platform multi-perkhidmatan Indonesia iaitu Gojek.

Advertisement

Rakamaan perjumpaan tersebut telah dimuat naik oleh seorang individu di laman Twitter yang mendapati Tassapon seakan-akan mencelah kakitangan Thailand yang sedang membuat penerangan.

Walau bagaimanapun, keadaan itu kelihatan dapat dikawal oleh kesemua kakitangan yang berada di dalam perjumpaan tersebut tetapi ia mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan warganet kerana tindakan Tassapon yang dikatakan kurang sopan dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Adakah ini “work culture” yang diwar-warkan oleh AirAsia dan anak-anak syarikat mereka?

air asia town hall

Sumber : Twitter

Setelah “viral” Tassapon tampil membuat permohonan maaf 

Sehubungan itu, Tassapon telah mengeluarkan satu video permohonan maaf kepada kakitangan yang terlibat dan berjanji bahawa perkara seperti itu tidak akan berulang lagi.

video permohonan maaf

Sumber : The Rakyat Post

Tony Fernandes juga tampil memohon maaf

Permohonan maaf oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia, Tony Fernandes juga mendapat kritikan kerana ia juga diselitkan dengan alasan bahawa Tassapon kini tertekan dari segi bisnes dan beliau simpati dengannya.

Adakah ini bermaksud jika anda tertekan, anda berhak untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada pekerja-pekerja anda?

tassapon air asia

Ada segelintir netizen yang mengatakan bahawa ini adalah kebiasaan dalam industri hiburan dan muzik. 

Pada pendapat kami, tidak kira industri ataupun syarikat, pegawai atasan tidak perlu menggunakan kata-kata kesat untuk menyampaikan apa-apa mesej. Cakap elok-elok tak boleh ke?

Kalau video tak viral, memang takkan minta maaf. Semua sengih-sengih dalam video tu.

tassapon air asia

Kalau bukan Pengerusi Eksekutif tapi pekerja bawahan yang maki macam tu, mungkin dah lama kena pecat dah tu.

Pada pendapat penulis, budaya sebegini tidak perlu dipraktikan dalam mana-mana industri. Tindakan sebegini mampu memalukan pekerja yang dimaki-hamun dengan kata-kata kesat.

Untuk makluman, menurut AirAsia Tassapon Bijleveld telah bergabung dengan Thai AirAsia sejak tahun 2003 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau mempunyai lebih 12 tahun pengalaman dalam industri produk pengguna dan bekerja di pelbagai negara di Asia Tenggara. Sebelum menyertai AirAsia, beliau juga merupakan Pengarah Urusan Warner Music (Thailand) Co Ltd selama lima tahun.

Sumber : The Rakyat Post, Twitter, AirAsia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...