“Guna Otak, Jangan Sedap Menghukum” – Nur Fazura Selar Individu Buat Fitnah Terhadap Ibu Puteri Balqis

Hiburan

“Guna Otak, Jangan Sedap Menghukum” – Nur Fazura Selar Individu Buat Fitnah Terhadap Ibu Puteri Balqis

Pelakon jelita, Nur Fazura tampil menegur sikap sesetengah individu yang sesuka hati melemparkan fitnah terhadap ibu kepada pelakon Puteri Balqis.

Difahamkan, ibu kepada pelakon remaja itu telah dituduh mengambil bahan terlarang sekaligus membuatkan Puteri Balqis berang dan ‘mengamuk’ di Instagram.

Advertisement

Tegur Fazura, individu yang sewenang-wenangnya melemparkan fitnah melampau seperti itu seolah-olah tidak memikirkan kesan negatif kepada mangsa.

Ruginya manusia yang tak pandang kiri kanan atau hari esok bila berkata-kata. Hanya tahu sedap mulut dan tangan nak menulis tanpa fikir perasaan orang lain serta akibatnya.

Bagaimana kalau ini terjadi pada diri sendiri pula? Pernah terfikir tak? Jadi gunalah otak, hati dan ilmu. Jangan sedap menghukum saja tanpa tahu kebenaran sebenar.

Aktres itu juga sempat meninggalkan kata-kata semangat buat Puteri Balqis serta ibunya, Norashikin untuk terus cekal.

Semoga terus kuat adikku Balqis!Percaya Allah SWT sentiasa melihat dan mendengar. Setiap perbuatan pasti ada balasan-Nya.

Semoga yang bersalah sempat minta maaf atas perbuatan fitnah ini dengan ibu Balqis dan anaknya. Jika tidak jawablah dengan Allh S.W.T.

Terdahulu, Puteri Balqis ada memuat naik video bersama ibunya di TikTok namun penampilan Norashikin yang bermata merah telah mengundang spekulasi netizen.

Ada yang menuduh ibu Balqis mengambil bahan terlarang iaitu dadah dan ia bukanlah kali pertama mereka diuji dengan fitnah seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ebby yus keadaan terkini
4 weeks ago

Keadaan Kesihatan Ebby Yus Merudum, Jep Sepahtu Ambil Peluang Ziarah Rakan Seperjuangan - "Love You Abang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...