Guna Nombor Pendaftaran Nama Sendiri, ‘Wani’ Dikompaun JPJ Kedah – “No Plat Pemberian Suami”

Kehidupan

Guna Nombor Pendaftaran Nama Sendiri, ‘Wani’ Dikompaun JPJ Kedah – “No Plat Pemberian Suami”

Gara-gara memandu kereta jenis Honda City menggunakan nombor pendaftaran seperti perkataan yang menunjukkan namanya sendiri, seorang wanita telah dikenakan kompaun oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah.

Menurut Harian Metro, wanita berusia 30-an itu yang juga pemilik kereta dikompaun kerana tidak mengikut spesifikasi ditetapkan namun akui nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya.

Advertisement

nombor pendaftaran nama sendiri

Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam berkata kereta dipandu wanita berkenaan telah ditahan pada 6.40 petang, 20 Januari lalu di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kereta itu memaparkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan.

Ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959, jadi notis dikeluarkan untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, penguat kuasa mengeluarkan notis JPJ (P) 22 dan notis arah periksa kenderaan di bawah Seksyen 61(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

JPJ Kedah menegaskan bahawa tindakan akan diambil terhadap mana mana individu yang didapati melanggar peraturan jalan raya, tanpa mengira alasan atau niat di sebalik kesalahan terbabit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

taktik scam terbaru, jangan scan kod qr pada kertas saman
2 weeks ago

Taktik 'Scam' Terbaru Datang Lagi! Individu Pesan Jangan Mudah 'Scan' Kod QR Pada Kertas Saman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...