Pelakon Akmal Ahmad tampil meluahkan rasa kesal apabila namanya telah dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperdaya pengguna media sosial terutamanya wanita dengan alasan untuk ujibakat lakonan.
Yang lebih membuatkan pelakon filem Pulang ini kecewa apabila pihak tersebut telah menjaja namanya dalam aktiviti ‘mengumpan’ wanita termasuklah meminta foto-foto lucah.
View this post on Instagram
Sehubungan dengan itu, Akmal telah membuat penafian sekeras-kerasnya mengenai penglibatannya dalam hal terbabit di laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Setakat ini, saya telah membuat penafian di Instagram dan Facebook serta laporan polis juga akan menyusul.
Jelas Akmal, individu tersebut menggunakan modus operandi seperti pernah makan bersama dirinya sebelum meminta foto lucah wanita berkenaan.
View this post on Instagram
Disebabkan oleh perkara itu, Akmal berharap peminat dan netizen di luar sana tidak membuat tuduhan fitnah dan andaian negatif terhadap dirinya gara-gara tindakan individu tidak bertanggungjawab itu.
Tambahnya lagi, dia tidak akan memaafkan orang yang telah memperlakukan dirinya sehingga sedemikian rupa kerana ingin menjadikannya sebagai saham akhirat kelak.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.