Guna Nama Melayu Kaburi Pelanggan Islam, MBJB Serah Notis Henti Niaga

Trending

Guna Nama Melayu Kaburi Pelanggan Islam, MBJB Serah Notis Henti Niaga

Baru-baru ini, tular di laman sosial mengenai peniaga bukan muslim yang menjalankan perniagaan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ di sebuah rumah di Johor Jaya.

Isunya di sini, perniagaan yang dijalankan melalui aplikasi pemesanan secara dalam talian itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan pembeli terutamanya yang beragama Islam.

Advertisement

penjual bukan muslim

Hasil siasatan, pengusaha itu telah diberi notis amaran kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen sah.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dalam kenyataannya pada Rabu memaklumkan peniaga itu yang menjual makanan secara dalam talian telah menerima notis yang dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Penjaja (MBJB) 2010.

Menurut MBJB, hasil siasatan bagaimanapun mendapati peniaga itu sudah mendaftarkan perniagaannya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menggunakan jenama sama.

Pihak berkuasa tempatan itu menyatakan notis tersebut dikeluarkan pada Selasa selepas melakukan pemeriksaan di rumah peniaga terbabit di Johor Jaya dekat sini yang dipercayai dijadikan lokasi perniagaan.

“Kita telah mengarahkan perniagaannya ditutup serta-merta dan mengemas barang-barang perniagaan berkaitan termasuk menurunkan iklan-iklan perniagaan yang dipamerkan”

Kata beliau, setakat pemantauan hingga hari ini, perniagaan tersebut tidak lagi beroperasi dan patuh kepada arahan diberikan namun sekiranya ia beroperasi semula, tindakan sitaan barangan akan dibuat serta-merta.

MBJB turut mengingatkan orang ramai supaya memohon lesen perniagaan yang sah sebelum menjalankan sebarang aktiviti perniagaan makanan.

Nama Melayu

“Terdapat beberapa syarat utama lesen perniagaan yang perlu dipatuhi para peniaga makanan antaranya berkaitan pengambilan suntikan tifoid.

Suntikan ini adalah langkah pencegahan penularan jangkitan tifoid atau demam kepialu yang boleh tersebar menerusi penyediaan makanan selain pematuhan aspek kebersihan lain dan tatatacara pengendalian makanan yang baik bagi membendung penyakit berjangkit.

Pengguna khususnya yang beragama Islam, turut dinasihat agar lebih teliti memilih perniagaan yang mempunyai sijil penarafan kebersihan MBJB dan sijil halal daripada pihak berwajib.

Hati-hati ya korang, walaupun nama kedai itu Melayu, kita masih harus mengambil tahu kesahihan status halal terutama buat yang beragama Islam.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...