Guna Nama Akaun ‘Acap’ Hantar Gambar Lucah Di Telegram, Bapa Anak 1 Ini Didenda RM10,000

Kehidupan

Guna Nama Akaun ‘Acap’ Hantar Gambar Lucah Di Telegram, Bapa Anak 1 Ini Didenda RM10,000

Dengan terciptanya pelbagai jenis teknologi zaman sekarang, memang hampir semuanya di hujung jari. Sebagai pengguna kita perlu bertanggungjawab dan menggunakan kemajuan teknologi itu dengan baik serta serta berfaedah.

Namun, sudah tentulah ada sesetengah pihak yang tidak memanfaatkan teknologi dan menggunakan ia untuk sesuatu yang tidak elok.

Advertisement

Seperti seorang lelaki berusia 28 tahun ini yang didenda RM10,000 selepas dia mengaku bersalah menghantar gambar lucah menerusi aplikasi Telegram, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak itu didakwa secara sedar membuat serta memulakan penghantaran komunikasi iaitu imej lucah sifatnya dengan niat untuk menganiaya orang lain.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohaida Ishak, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan nama akaun ‘Acap’ pada 8 Januari 2020, jam 1.57 pagi.

Tertuduh, Muhamad Asyraf Ahmad Suhaimi disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Jika gagal membayar denda yang dikenakan mahkamah itu, tertuduh bakal berdepan dengan hukuman penjara enam bulan.

4 years ago

Gadis Terkejut Gambar Yang Dimuat Naik Ke Media Sosial Jadi 'Bahan' Di Telegram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...