Guna Minyak Masak Berulang Kali Untuk Menggoreng, Tingkat Risiko Hidap Sakit Jantung

Trending

Guna Minyak Masak Berulang Kali Untuk Menggoreng, Tingkat Risiko Hidap Sakit Jantung

Walaupun isu kenaikan harga minyak hingga perlu berjimat dalam penggunaan minyak masak ketika menggoreng, guna minyak masak untuk menggoreng lebih dari sekali adalah tidak digalakkan kerana berisiko hidap sakit jantung.

Advertisement

Pensyarah Program Sains Pemakanan, Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr. Ruzita Abd Talib berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan untuk menggoreng lebih dari sekali.

Beliau berkata minyak masak akan bertukar menjadi lemak tepu apabila digunakan berulang kali yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan terutama menyebabkan saluran darah menjadi sempit.

“Apabila saluran darah ter­­­­sumbat, maka besar ke­­mungkinan seseorang in­di­vidu itu akan menghadapi se­­­ra­ngan jantung, lebih-lebih lagi kepada mereka yang jarang melakukan aktiviti fizikal.

“Oleh yang demikian, orang ramai digesa untuk menggunakan minyak da­lam kuantiti yang sedikit, dan seelok-eloknya dengan menukar kaedah masakan daripada menggoreng ke­pa­da kukus dan panggang yang dilihat lebih menyihatkan,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Sukan, Universiti Malaya (UM), Dr. Sareena Hanim Hamzah berkata, penggunaan minyak lebih dari sekali untuk menggoreng akan menjejaskan kualiti minyak masak.

“Orang ramai dinasi­hat­kan menukar cara memasak dengan segera, selain bagus untuk kesihatan, langkah itu juga mampu mengelakkan daripada diserang sebarang penyakit kronik yang ber­pun­ca daripada makanan ber­minyak.

“Kaedah tersebut me­mang sedia ada dalam pan­duan pemakanan yang sihat dan mungkin inilah masa untuk kita mengamalkan pe­­makanan yang sihat,” jelasnya.

Sumber: Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...