Pelakon dan juga personaliti TV, Uyaina Arshad tampil memohon maaf di atas kesilapannya yang telah menggunakan lagu mengandungi lirik berunsur lucah dalam video yang dimuat naiknya di Instagram baru-baru ini.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad membuat permohonan maaf tersebut di mana dia merujuk kepada lagu nyanyian Busta Rhymes berjudul Touch It yang kini popular dalam kalangan netizen.
View this post on Instagram
Pelakon drama Love Elsa ini mengakui kesilapannya kerana tidak meneliti terlebih dahulu lirik lagu tersebut sehinggalah ada insan prihatin yang tampil menegur dirinya.
View this post on Instagram
“Saya tidak sengaja menggunakan lagu itu untuk video saya di Instagram. Saya tak perasan lirik lagu itu. Apa-apa pun, saya minta maaf. Saya gunakan lagu itu sebagai muzik latar video berkenaan tanpa memahami lirik. Pertama kali dengar, betul-betul ingat ia bukan dalam bahasa Inggeris kerana sebutannya agak aneh.”
Dia dalam pada itu turut memberi kesedaran kepada orang ramai apabila memuat naik mengenai kesilapan terbabit berserta lirik lagu berkenaan di Instagram miliknya.
View this post on Instagram
Perkara tersebut telah meraih pujian daripada peminat yang dimana masih ramai lagi tidak menyedari unsur-unsur lucah dalam lirik lagu berkenaan.
Uyaina juga turut berterima kasih dengan teguran yang diterimanya dan berharap mereka di luar sana dapat memperoleh sedikit pengajaran daripada isu tersebut.