Guna Lampu HID: Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Trending

Guna Lampu HID: Denda RM2,000 Atau Penjara 6 Bulan

Perkara paling menjengkelkan ketika memandu pada waktu malam ialah apabila ada kereta lain yang menggunakan lampu High-Intensity Discharge (HID).

Sumber: Berita Harian

Jangan risau, ada berita baik buat anda semua. Perkara ini mendapat perhatian Kementerian Pengangkutan, dimana Menterinya, Anthony Loke berkata pihak kerajaan akan mengharamkan penggunaan lampu HID di atas jalan raya tanpa sebarang pengecualian.

Advertisement

Lampu HID yang dipasang secara berleluasa sekarang ini sebenarnya menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ini kerana lampu tersebut memancarkan cahaya yang jauh lebih cerah berbanding lampu halogen.

Meskipun ada yang berpendapat bahawa lampu HID memberikan pandangan yang lebih baik dan jelas di jalan raya, tetapi ia juga boleh menyilaukan pengguna jalan raya lain dari arah bertentangan, yang juga berisiko tinggi menyebabkan kemalangan jalan raya.

Selain itu, jika kenderaan yang menggunakan lampu HID ini datang dari arah belakang membuatkan pemandu di hadapan berasa silau dan tidak dapat memandang cermin pandang belakang. Ini juga boleh menyebabkan kemalangan dan boleh dikatakan membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Perkara ini dipandang serius dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000 atau penjara selama enam bulan.

Jika anda menggunakan lampu HID, anda dinasihatkan menukar kepada lampu biasa dengan kadar segera. Gagal berbuat demikian, anda boleh ditahan dan mungkin dikenakan dengan tindakan undang-undang.

Dengan pengharaman ini, diharap penjualan lampu HID secara terbuka di kedai-kedai aksesori kereta ini juga dapat dibendung.

Sumber: Sinchew

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...