Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Guna Lambang Sultan Johor, Wak Doyok Mengaku Tidak Bersalah

Menggunakan lambang kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar tanpa kebenaran baginda, ikon fesyen tanah air, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor didakwa pihak berkuasa.

wak doyok

Advertisement

Menurut pertuduhan, Wak didakwa menggunakan lambang kemahkotaan Duli Yang Mulia Sultan Ibrahim untuk tujuan persendirian tanpa mendapatkan kebenaran bertulis daripada Sultan Johor, namun tidak mengaku bersalah  selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Pelakon telefilem Permata Hatiku itu didakwa mengikut Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.

Malah hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak melebihi RM500,000 atau penjara maksimum selama lima tahun atau kedua-duanya sekali, bakal dikenakan jika disabit kesalahan.

Juga, memberi alasan menjaga ibunya yang berusia 78 tahun di samping pendapatan perniagaannya terjejas ekoran pendemik COVID-19, peguamnya MN Halim Md Amin dan Syaffie Naim merayu denda direndahkan.

wak doyok sultan johor

Advertisement

Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad menawarkan jaminan RM50,000 berikutan keseriusan kes yang dituduh ke atas Wak.

Namun, Hakim memerintah dirinya dijamin sebnayak RM35,000 dengan seoarang penjamin manakala sedutan kedua kes ditetapkan pada 15 Jun depan bagi penyerahan dokumen.

Sebelum ini Wak didakwa menempah dan membeli cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar pada 2018 melaui dalam talian dari sebuah syarikat yang terletak di Indonesia.

Tindakannya itu mengundang padah dan beliau difahamkan membuat permohonan maaf di laman instagramnya selepas turut diminta memberikan penjelasan oleh Tunku Idris di akaun baginda.

Sumber: Berita Harian

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Zack

    May 11, 2020 at 8:32 am

    Humban dalam jail je la gay boy buduh ni. Tengok muka pon geli…

  2. Layila

    May 8, 2020 at 6:27 am

    Xtau mende tu salah .. Xboleh trime btl. Kalau dh mende tu lambang kebesaran xterfikir ke perlu minta izin dulu ke walau xtau undang2.. Igt alasan xtau tu kesalahan leh slamat pakai bedal je?

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama