Tersepit jari dipintu bukanlah satu perkara yang biasa, kerana denyutannya boleh buat hilang selera makan, minum dan juga tidur!
Siapa yang pernah kena itu, tahulah sakitnya!!
Satu perkongsian menarik oleh seorang pemuda di Twitter, bagaimana nak mengatasi sakit akibat tersepit pintu.
kuku tersepit pintu ? Gunakan jarum dan tebuk di atas kawasan darah beku. Tebuk dengan cara drilling supaya kita tahu bila nak berhenti. Kang tembus pula. Keluarkan darah beku sampai kurang rasa sakit.
Selagi tak keluarkan selagi tu akan sakit sebab tekanan. pic.twitter.com/XSh5JkY7wW
— Lep (@realslowrun) October 13, 2019
Dikenali dengan istilah Subungual Hematoma, kejadian darah beku yang berlaku pada kuku akibat daripada darah yang terkumpul, merangsang saraf untuk memberikan rasa sakit berdenyut-denyut.
Menurut pemuda ini, beliau telah menggunakan kaedah DIY dengan menebuk jarum di kawasan yang mempunyai darah beku.
Gunakan jarum dan tebuk di atas kawasan darah beku. Guna kaedah driling supaya kita tahu bila nak berhenti. Kang tembus pula.
Keluarkan darah beku sampai kurang rasa sakit.
Tambahnya, kebersihan adalah perkara paling utama supaya tidak berlaku sebarang jangkitan kuman atau penyakit lain.
Tetapi seorang pengguna Twitter telah bertanya kepada doktor tentang ini. Doktor tersebut menyarankan agar semua orang merujuk kepada pihak yang lebih pakar dan arif seperti klinik atau hospital.
Namun banyak juga netizen yang berkongsi pendapat mereka sendiri.
Satu kesilapan besar simpan darah beku
Sakit sampai 2 bulan
Ingat! hilang kuku boleh tumbuh balik, tetapi kalau hilang jari? Tak tumbuh dah.
Sumber: Twitter