Guna Gambar Tanpa Izin Untuk Perniagaan Pelaburan, Fakhrul UNIC Tampil Beri Amaran Kepada Individu Terlibat

Hiburan

Guna Gambar Tanpa Izin Untuk Perniagaan Pelaburan, Fakhrul UNIC Tampil Beri Amaran Kepada Individu Terlibat

Salah seorang ahli kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul tampil memberi amaran buat mereka yang tidak bertangunggjawab menggunakan foto dirinya bersama seorang lagi penceramah bebas, Abdullah Khairi untuk mempromosikan sebuah perniagaan pelaburan palsu yang ternyata telah memperdayakan masyarakat di luar sana.

Bagi mengelakkan lebih ramai tertipu dan terperdaya dengan iklan tersebut, Fakhrul UNIC telah memuat naik sebuah entri pesanan dan amaran buat pemilik perniagaan berkenaan.

Advertisement

Fakhrul dalam masa yang sama menjelaskan bahawa dia pernah tampil menafikan penglibatannya dalam mana mana perniagaan berunsurkan pelaburan sebelum ini.

Dia turut tidak menyangka kerana masih ramai yang tertipu meskipun sudah terang lagi bersuluh poster yang diiklankan itu merupakan poster tidak rasmi.

View this post on Instagram

Banyak kali dah org dok report bagitau ada org pakai gambar kami dalam bisnes pelaburan..dah ramai jugak ustaz ustazah yg dh nafikan…tapi yg pelik ramai yg percaya tu dah knapa? Sah2 poster tak official..poster pun @tazkirahmalamjumaat poster album dgn ust @abdullahkhairi_official je pun takkan dh percaya..sy prcaya anda bijak berfikir mana yg btul atau tak.. . . yg buat berniaga dgn MENIPU org ni tak ke mana pun..hasilnya haram, bg mkn anak bini hasil haram ni tak berkat, neraka endingnya..baca surah almutaffifin ayat 1 & 2 . ?????? ????????????????? . Maksudnya: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang berlaku curang. . Nabi sabda tentang peniaga ni . ??????? ?”? ????? ??????????? ??????????? ?????? ???????????? ????????? ?????? ???? ??????? ??????? ??????? ???????? ?”? . Nabi SAW bersabda: Pada hari kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan Allah, berbuat baik dan jujur.” . Riwayat al-Tirmizi (1210)

A post shared by Fakhrul UNIC (@fakhrulunic) on

“Banyak kali dah orang laporkan kepada saya bahawa ada orang pakai gambar kami dalam bisnes pelaburan. Sudah ramai juga ustaz ustazah yang dah nafikan tapi yang pelik ramai yang percaya tu dah kenapa? Sah sah poster tidak rasmi. Saya percaya anda bijak berfikir mana yang betul atau tak.”

Fakhrul sempat memberi amaran kepada mereka yang menjadi dalam dalam sindiket penipuan tersebut dengan memaklumkan bahawa perniagaan yang berpaksikan penipuan seperti itu sama sekali tidak akan mendapat keberkatan dan  sangat dimurkai Allah.

Dimaklumkan bahawa poster yang digunakan individu tidak bertanggunjawab itu merupakan poster untuk program Fakhrul UNIC yang dilaksanakan tidak lama dahulu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...