September 17th, 2020

Baru-baru ini kecoh di media sosial Instagram apabila pasangan selebriti terkenal, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam dikritik hebat  oleh netizen apabila dikatakan telah menggunakan iklan berunsur lucah sebagai salah satu rangka promosi produk mereka yang terbaru iaitu, Pengasih.

Pengasih yang merupakan produk penjagaan dalaman wanita milik pasangan itu didakwa netizen telah menjalankan pemasaran secara murahan dan lucah.

Walau bagaimanapun, menurut Syatilla Melivin,29, dia memang sengaja menggunakan foto pelbagai maksud itu dan sudah menjangka akan reaksi yang pelbagai daripada netizen.

“Kalau mereka nampak benda tu secara negatif, negatif lah ia. Tapi berbeza pula kalau mereka pandang secara positif. Ikut padan pandangan individu tu macam mana. Sebab bukan gambar straight forward, saya dan Sam memang sengaja wujudkan double meaning dalam foto tersebut. Memang kecaman ini kami dah jangka dan bermaksud apa yang kami cuba sampaikan itu berjaya,”

Dalam pada itu, Syatilla tidak berniat sama sekali untuk menjadikan iklan produk terbarunya itu kelihatan seperti sesuatu yang lucah. Malah, dia turut menganggap bahawa ‘bad marketing’ juga adalah salah satu teknik pemasaran yang boleh diguna pakai buat peniaga di luar sana.

Baginya, segala kecaman yang diterima membuatkan dirinya lebih kuat dan hanya mengganggap semua itu sebagai perkara yang positif dalam hidup.

“Kalau orang tak kecam dan cakap buruk tentang saya, mungkin saya tak kuat macam sekarang. Lagipun saya biar saja komen negatif tanpa membacanya. Tak pernah terlintas dalam fikiran atau hati saya nak terasa dengan komen sebegitu. Tak beri kesan pada saya pun,”

Pelakon drama popular Sha & Sha ini sedang giat mengusahakan produk kosmetik Kekasih dan bakal tampil dengan produk jamu yang diberi nama Pengasih yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Sumber: mStar Online


2 responses to “Guna Foto ‘Double Meaning’ Untuk Promosi Produk, Syatilla Melvin Akui Guna Iklan Berunsur Lucah”

  1. Aku Menyampah says:

    Iklan murahan setaraf dengan Artis Low Class mcm Syatillah nih,Boooo…..

  2. Level level kuman covid aje kau tu says:

    Bani bani klimax …ha ..cepat order ni …
    Otak jenis bani klimax saja boleh beli …

    Buah pinggang rosak …Syatilla nanti maki tambah kat hang hang semua …

    Merana la sorang sorang kerana bani bani klimax ni …

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...