5 Tahun Lagi Perhidmatan Pos Dan Kurier Dihantar Melalui Dron

Trending

5 Tahun Lagi Perhidmatan Pos Dan Kurier Dihantar Melalui Dron

Penggunaan dron komersial dalam industri pos dan kurier boleh dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang, kata Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Gobind Singh.

Advertisement

Katanya lagi, terdapat banyak kelebihan teknologi dron dalam pelbagai bidang seperti kesihatan, pertanian dan perubatan. Ia dapat membantu menghantar bekalan makanan kepada orang yang terperangkap dalam banjir.

Untuk pengetahuan semua, beberapa negara sudah pun menggunakan dron dalam penghantaran barangan dengan lebih pantas kepada penerima, pada masa yang sama ia menjimatkan lagi kos operasi.

Malaysia turut tidak ingin ketinggalan di arus pemodenan dan telah mula mengambil langkah awal untuknya.

Melalui pertandingan yang dianjurkan oleh Pos Malaysia ini, mereka mencari pemenang yang berupaya menghantar barangan seberat 2kg untuk jarak 2km dalam masa yang pantas.

 

Sumber : Bernama, Amanz

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...