Guna Akaun Bank Sendiri Untuk Kutipan Derma Amal, Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan

Hiburan

Guna Akaun Bank Sendiri Untuk Kutipan Derma Amal, Aznil Nawawi Tampil Beri Penjelasan

Niat baik disalah erti, personaliti TV Aznil Haji Nawawi tampil memberikan penjelasan mengenai pertanyaan netizen mempersoalkan mengenai ketelusan tabung amal yang dilancarkan Aznil di mana segala sumbangan akan terus ke akaun bank pengacara itu, baru-baru ini.

Memandangkan Aznil menggunakan akaun bank miliknya, individu tersebut telah bertanyakan sama ada wang sumbangan orang ramai itu ada bercampur dengan kegunaan peribadi.

Advertisement

Menurut Aznil, akaun bank yang digunakan untuk urusan tabung amal itu diwujudkan khas untuk tujuan tersebut.

Aznil Hj NawawiSumber : Instagram Aznil Haji Nawawi  

“Jangan runsing. Transaksi peribadi saya di akaun lain. Saya khaskan akaun ini untuk tujuan sedekah. Saya tak akan terpakai atau termakan duit anda.” tulisnya di bahagian komen hantaran tersebut.

Manakala di satu hantaran lain di Instagram miliknya, Aznil telah meminta agar netizen untuk sentiasa bersangka baik dan tidak menulis sesuatu yang boleh mengguris hati orang lain.

Tambahan pula apabila bantuan melibatkan wang orang ramai yang menjadi amanah berat untuk dipikul di dunia dan akhirat kelak.

Terdahulu, Aznil telah berkongsi mengenai program amal jariah yang bernama Skuad Kebaikan Milo di mana ianya ditubuhkan khas untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan.

Wang hasil sumbangan orang ramai itu dimaklumkan akan dijadikan infaq bagi pihak yang menderma serta digunakan untuk membeli minuman Milo untuk dihantar ke rumah kebajikan kanak-kanak.

Dia juga dalam pada itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang telah memberikan sumbangan ikhlas untuk program amal tersebut.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...