Gula-Gula Himalaya Salt Tiruan?

Trending

Gula-Gula Himalaya Salt Tiruan?

Siapa di di sini peminat gula-gula Himalaya Salt? Pasti jika anda nak beli stok baru selalunya stok habis di pasaran mahupun klinik.

Laku keras gula-gula Himalaya Salt ini dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dari dahulu lagi. Tetapi anda semua perlu ambil tahu bahawa gula-gula kegemaran ramai banyak yang tiruan.

Advertisement

Pihak syarikat BIG FOOT Malaysia yang berpengkalan di Tampin mengeluarkan beberapa siri kenyataan bahawa gula-gula Himalaya Salt ini boleh dibezakan jika ianya tiruan dengan 4 cara.

Tulisan

Terdapat perbezaan tulisan bagi perkataan “Increase Hydration”, “Throat Soothing” dan “Fresh Breath”.

Advertisement

Alamat

Pada produk asli, tiada jarak ketara di antara Delfi Marketing Sdn Bhd dengan alamatnya manakala pada produk tiruan, terdapat jurang jarak yang agak besar.

Kesalahan ejaan

Produk asli menunjukkan “Manufacture in Malaysia By:” manakala produk tiruan pula menunjukkan “Manufacturer In Malaysia By

Kaedah cetakan untuk tarikh luput yang berbeza

Kaedah cetakan untuk tarikh luput kelihatan sangat berbeza. Malahan, Lot: 19C02 tidak wujud dalam sistem syarikat.

Kenyataan di Facebook tersebut sehingga kini telah mencecah lebih daripada 200,000 perkongsian sekali gus meraih pelbagai respon daripada para netizen.

Advertisement

Rata-ratanya netizen telah berkongsi pengalaman masing-masing yang tertipu dengan pembelian gula-gula Himalaya Salt tiruan!

Baru-baru ini saya ada membeli dua kotak dari Lazada. Semuanya tiruan.

Saya baru membeli gula-gula ini di stesen minyak Shell di Malaysia dan ianya tiruan!

Menurut pihak syarikat juga, antara premis yang menjual gula-gula asli boleh didapati di Watson dan juga 7-Eleven.

Tolong beri perhatian takut anda terbeli gula-gula Himalaya tiruan plak.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...