Gugup Menyanyi ‘Live’, Nomad Ambil Keputusan Berehat Seketika

Hiburan

Gugup Menyanyi ‘Live’, Nomad Ambil Keputusan Berehat Seketika

Bukan selalu ada situasi penyanyi mengakui kelemahan diri sendiri. Seringkali kalau ‘kantoi’ menyanyi secara ‘live’, perkara lain selain daripada kegagalan vokal sendiri dipersalahkan. Muzik tak dengar, tak cukup persediaan, sakit tekak dan macam-macam lagilah alasan yang klise. Abang Nara tabik respek kepada Nomad yang popular menerusi lagu Tetap Menantimu kerana mengakui kekurangan diri yan gugup apabila menyanyi secara langsung.
nomadBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nomad telah mengambil keputusan untuk berehat seketika daripada dunia nyanyian untuk memperbaiki kelemahan dirinya ini. Satu langkah yang bijak. Bolehlah Nomad pergi belajar vokal, belajar atasi kegugupan serta belajar interaksi dengan penonton sepanjang tempoh rehatnya ini. Banyak cikgu-cikgu yang ‘power’ di Malaysia ini. Kata Nomad:-

Bukan sebab konflik, bergaduh atau apa-apa masalah, tapi saya terpaksa ambil keputusan untuk berundur seketika daripada kontrak dengan pengurusan kerana masalah dalaman saya sendiri Saya tak ada isu atau masalah apa-apa dengan mana-mana pihak termasuk pengurusan.

Cuma yang menjadi dilema adalah diri saya sendiri yang masih gugup dan tidak boleh menyanyi secara langsung dengan baik setiap kali dipanggil untuk persembahan program TV (televisyen).

Ini bukan perkara baru dan tetap berlaku sampai sekarang. Banyak kali sudah ditegur dan sudah macam-macam usaha saya buat tapi tetap sama. Jadi saya fikir sudah tiba masa saya ambil inisiatif untuk berehat dulu dan perbaiki kekurangan itu daripada terus menyusahkan orang lain

Advertisement

nomad

Semoga Nomad memanfaatkan masa rehatnya ini untuk memperbaiki mutu vokal ketika menyanyi ‘live’. Sambil-sambil itu bolehlah cari idea untuk menulis lagu-lagu baru. Semoga apabila buat kemunculan semula kelak, masalah yang melanda Nomad ini sudah tiada. Good luck and all the best untuk Nomad. Sumber Harian Metro.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...