Jika rakyat percaya GST lebih baik, kita akan kaji sama ada lebih baik daripada SST.

Tapi untuk masukkan dalam belanjawan tahun hadapan memang tidak sempat.

 

Bagaimanapun, kita mempunyai klausa khusus yang akan melindungi kumpulan berpendapatan rendah atau B40.

Beliau berkata, semasa kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan GST dan menggantikannya dengan SST tahun lepas, beliau merupakan antara pakar ekonomi yang dirunding pihak yang menentang idea berkenaan.

Ini kerana macam mana cara pun anda memperluaskan SST kepada sektor berbeza atau bagaimana sekalipun penguatkuasaan dijalankan, ia masih tidak cukup untuk menampung apa (pendapatan) yang telah dihasilkan menerusi GST.

Terdahulu, Pengerusi MIER, Kamal Salih menyifatkan GST sebagai adil kepada semua orang, dengan berkata cukai berkenaan berjaya menjamin hasil kerajaan ketika harga minyak jatuh kepada AS$36 satu tong pada 2015.