Melalui platform Threads, tular klip pendek yang diambil daripada ‘live’ pelakon, Ardell yang merakamkan keadaan ketika bot yang dinaiki telah ‘diserang’ oleh tentera Israel.
Dalam rakaman tersebut, dilihat Ardell serta peserta-peserta Global Sumud Flotilla yang lain disembur oleh bom air hingga mengakibatkan mereka basah satu badan.
Sangat kuat, deras seperti air bomba. Semua dalam keadaan basah kuyup. Tolong rekod dan buktikan pada dunia bahawa Israel telah melanggar undang-undang.
Farah Lee turut dilihat sempat merakam detik ketika tentara Israel menyemburkan bom air yang sangat kuat.Difahamkan, tindakan itu dibuat kerana mahu bot yang membawa bantuan yang mahu dihantar kepada saudara Islam di Gaza berpatah balik.