Salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) mendedahkan pengalaman perit yang dialami sewaktu di dalam tahanan penjara Zionis.
Dilayan dengan penuh hina!
Kata Ilyia Balqis Suhaimi, layanan yang diterima sewaktu di dalam tahan sangat menjengkelkan serta satu penghinaan kerana dilayan seolah-olah penjenayah, sedangkan mereka hanyalah aktivis kemanusiaan.
Menurut Ilyia mereka dipaksa untuk menukar pakaian dalam keadaan tidak selesa dan diletakkan di ruangan sempit dengan pengcahayaan terang yang menyakitkan mata.
Mereka tidak menghormati kami sebagai wanita berhijab.
Paksa buka hijab, minum air tandas
Lebih menyedihkan, ada juga beberapa wanita Muslim lain dipaksa oleh tentera Israel agar hijabnya dibuka.
Mereka tidak beri kami air bersih dan juga ubat walaupun kami minta. Ada seorang wanita perlukan ubat, tapi mereka tolak. Mereka kata kalau belum mati, tak mengapa. Kami juga dipaksa minum air tandas.
Sekadar info, kesemua 23 rakyat Malaysia yang menyertai mis GSF telah tiba di Istanbul, Turkiye selepas dibebaskan pada Sabtu, semalam.