GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Ketika Dalam Tahanan Israel – “Rasanya Seperti Bayi Baru Lahir”

Hiburan

GSF: Aktivis Itali Peluk Islam Ketika Dalam Tahanan Israel – “Rasanya Seperti Bayi Baru Lahir”

Seorang aktivis Itali, Tommasa Bortolazzi, yang juga sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan memeluk Islam ketika dalam tahanan tentera Israel baru-baru ini.

Bortolazzi ketika ditemu bual oleh wartawan di Istanbul, Turkiye berkata, keputusannya memeluk Islam dibuat atas kehendaknya sendiri selepas melalui pengalaman getir sepanjang misi kemanusiaan tersebut.

Advertisement

Saya berada dalam misi (GSF) kerana merasakan itu adalah perkara terbaik untuk dilakukan. Saya boleh lakukan untuk rakyat Palestin dan juga negara saya kerana kami tidak boleh melihat pembunuhan beramai-ramai lagi.

Berkongsi pengalaman dalam tahanan, Bortolazzi mendedahkan bahawa hari-hari terakhir di penjara adalah antara detik paling mencabar dalam hidupnya.

Hari-hari terakhir di dalam penjara, ia sangat sukar dan teman saya (tahanan lain) dari Turkiye dan hampir semuanya adalah Muslim.

Kami berdepan detik mengerikan. Ada ketakutan kerana kami mempertaruhkan nyawa bersama-sama, namun kami tetap bersatu.

Tambahnya, keputusan memeluk Islam hadir selepas menyaksikan kekuatan dan ketenangan rakan-rakan Muslimnya walaupun dalam keadaan getir.

Pagi tadi, semasa mereka (rakan) solat, polis, tentera Israel masuk dan halang mereka (daripada solat). Saya merasakan ada keperluan untuk menentang ini.

Selepas itu, bersama sahabat, saya mengucap kalimah syahadah. Saya pilih ini (memeluk Islam) untuk diri saya. Rasanya seperti bayi yang baru lahir dan saya sangat gembira.

Beliau turut berharap agar semua negara bebas dan demokratik akan bersatu dalam perjuangan menentang kezaliman Israel.

Dalam video sama, seorang lelaki yang juga dipercayai sukarelawan GSF mendedahkan bahawa Bortolazzi sempat bertanya kepadanya sama ada Tuhan akan menerimanya sebagai Muslim walaupun memiliki tatu.

“Semasa di dalam kereta penjara, dia mengulangi (kalimah syahadah) yang saya ucapkan dan dia menjadi Muslim,” kata lelaki itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Elly mazlein
2025-10-05 10:54:33

“Rasa Insaf Tengok Perjuangan Mereka” – Elly Mazlein Akui Keputusan Bertudung Terinspirasi Dari Misi Flotilla Gaza

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...