GSC & TGV Umum Tarikh Pembukaan Semula Pawagam

Trending

GSC & TGV Umum Tarikh Pembukaan Semula Pawagam

Seperti yang kita tahu, premis perniaagaan hiburan seperti pawagam terpaksa dihentikan operasi seketika sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang melanda negara kita.

Namun, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan tentang kemudahan serta premis perniagaan yang dibenarkan beroperasi kembali memandangkan banyak negeri yang sudah mulai masuk ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Advertisement

3 years ago

Pawagam Rayu Benar Beroperasi Semula Dengan SOP Lebih Ketat

Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) tersebut secara tidak langsung adalah usaha untuk memperbaiki taraf ekonomi dalam negara sekaligus memberi peluang kepada pemilik premis perniagaan membuka semula perniagaan mereka mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Semalam, dua operator pawagam terbesar di Malaysia iaitu Golden Screen Cinemas (GSC) dan TGV akhirnya mengumumkan tarikh pembukaan semula premis hiburan itu kepada individu yang sudah lengkap divaksin.

Pawagam GSC

Gambar Hiasan – Sumber Google

Menerusi sumber daripada BERNAMA, GSC menerusi sebuah hantaran di laman Instagram semalam telah mengumumkan bahawa 17 cawangannya termasuk Aurum Cinemas di Lembah Klang, wilayah Utara dan Selatan akan dibuka pada Khamis ini sempena sambutan Hari Malaysia.

Dalam hantaran tersebut juga, GSC memberitahu bahawa lebih banyak pawagam di lokasi lain akan dibuka semula dan kembali beroperasi pada minggu berikutnya iaitu pada 23 September.

Di samping itu, Pengurus Besar Bahagian Jualan dan Pemasaran TGV Cinema iaitu Mohit Bhargava dalam satu kenyataan semalam mengesahkan pembukaan semula pawagam milik syarikat itu dan mengalu-alukan kedatangan penonton yang telah lengkap divaksin ke premis hiburan tersebut mulai 23 September.

Dalam kenyataan tersebut turut menyebut, keputusan telah dibuat selepas berunding dengan studio untuk mendapatkan kelulusan badan penapis tempatan bagi filem mereka.

“Fokus utama kami ialah keselamatan dan sekuriti semua kakitangan serta pelanggan,” kata Mohit Bhargava

Pawagam TGV

Gambar Hiasan – Sumber Google

Tambahnya lagi, TGV kini mengambil setiap langkah pencegahan yang perlu dan tidak akan tergesa-gesa membuka semula premis hiburan tersebut bagi memastikan pembukaan semula pawagam mereka mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP).

Penonton pasti boleh menjangkakan barisan filem menarik yang bakal ditayang sempena pembukaan semula pawagam itu termasuk filem Black Widow yang dibintangi Scarlett JohanssonJungle Cruise (Dwayne Johnson) dan No Time To Die (Daniel Craig) pada September ini.

Pawagam di negeri di bawah Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 50 peratus bermula 9 September lepas dan hanya indivdu yang melengkapkan vaksinasi Covid-19 dibenarkan memasuk premis hiburan itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...