GSC Dan TGV Tak Jadi Buka Pawagam Di Kelantan, Tiada Rancangan Lanjut Buat Masa Sekarang

Trending

GSC Dan TGV Tak Jadi Buka Pawagam Di Kelantan, Tiada Rancangan Lanjut Buat Masa Sekarang

bendera-kelantan

Mereka yang ingin pengalaman menonton wayang di Kelantan boleh melupakan hasrat itu apabila kedua-dua syarikat pawagam terbesar di Malaysia mengesahkan bahawa mereka tiada rancangan berbuat begitu masa ini.

Advertisement

TGV Cinemas mengesahkan mereka ada menghubungi kerajaan Kelantan untuk memeriksa potensi bagi melebarkan sayap ke negeri pantai timur itu.

Tetapi ia cuma sebagai misi bagi pengumpulan maklumat sahaja, manakala saingannya GSC pula hanya mengesahkan minat mereka tanpa apa-apa rancangan.

“Ya, kami ada berhubung dengan kerajaan Kelantan untuk mendapat tahu tentang keperluan perlesenan untuk pawagan di Kelantan,” kata salah seorang pengurus besar TGV, Chung Shyh Kwong, kepada Malay Mail Online.

Dalam satu laporan Sinar Harian baru-baru ini, Exco Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa ada tiga buah syarikat pawagam yang mahu membuka cawangan di Kelantan.

Namun semuanya tidak kembali semula untuk meneruskan perbincangan secara lebih lanjut selepas dimaklumkan syarat-syarat pembukaan pawagam di negeri Serambi Makkah itu.

Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan, serta larangan tayangan semasa waktu Maghrib, pada ketika malam Jumaat, dan sepanjang bulan Ramadan.

sumber : mynewshub

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...