Grup Masakan ‘Tidak Menjadi’ Di Facebook, Kini Tular Sewaktu PKP

COVID-19

Grup Masakan ‘Tidak Menjadi’ Di Facebook, Kini Tular Sewaktu PKP

Semalam Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas Perdana Menteri menjelang Ramadhan, telah mengumumkan PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei ini.

5 years ago

Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 12 Mei Dengan Sedikit Kelonggaran Diberikan

Advertisement

Di akhir ucapannya, beliau mencuit hati rakyat apabila menyentuh tentang bulan puasa kali ini di mana kita tidak dapat ke Bazar Ramadhan tetapi boleh memasak sendiri di rumah.

“Jika masakan tidak jadi tak mengapa, boleh post di group Masak Apa Tak Jadi Hari Ini,” – PM 

Sejak PKP dilaksanakan ramai yang mencuba untuk memasak sendiri di rumah walaupun tidak pernah ke dapur sebelum ini. Pelbagai hasil masakan ini turut dikongsi di media sosial termasuklah makanan yang tidak menjadi. Perkongsian ini berjaya mencuit hati netizen.

Sebuah grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni? mula tular sejak beberapa hari lalu. Ia menjadi laman untuk mereka yang ingin berkongsi pelbagai hasil masakan yang tidak berhasil seperti yang diingini.

Walaupun baru sahaja ditubuhkan sejak 14 April yang lalu, grup tersebut telah mengumpulkan lebih 1.5 juta ahli setakat ini.

Apa yang menariknya tentang grup ini sehingga menjadi viral dan masuk di dalam ucapan Perdana Menteri?

Ini merupakan antara 10 perkongsian di grup Masak Apa Tak Jadi Hari Ini? yang pasti membuatkan anda ketawa tak kering gusi.

“Xtau nk gelak ke nk nangis.. Yg pasti dh gelak dulu..hahaha.”

“Aku jd seram nk buat2 kek ni..takut kene sumpahan sbb asyik gelakkan org je??.”

Dengan adanya grup ini, mungkin anda boleh berkongsi hasil masakan yang tidak menjadi tu, dan boleh dapatkan tips serta reaksi daripada ahli yang lain. Paling tidak pun boleh sama-sama ketawa dengan komen yang mencuit hati.

Oleh kerana PKP di sambung lagi, masih ada banyak masa untuk anda mencuba pelbagai resepi-resepi baru yang dikongsi di media sosial terutamanya di bulan Ramadhan ini.

Yang paling penting terus duduk di rumah dan mengikut arahan pihak berkuasa.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...