Greysia-Apriyani Terima Lembu Dan Restoran Sebagai Hadiah

Kehidupan

Greysia-Apriyani Terima Lembu Dan Restoran Sebagai Hadiah

Pasangan beregu wanita Greysia Polii dan Apriyani Rahayu dari Indonesia meraih pingat emas untuk acara beregu badminton Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Dalam pada itu, mereka menerima lima ekor lembu, restoran bebola daging dan sebuah rumah baharu sebagai hadiah atas kejayaan mereka meraih kemenangan di Sukan Olimpik.

Advertisement

3 years ago

Beregu Lelaki Hadiahkan Pingat Pertama Buat Malaysia

Greysia dan Apriyani telah menewaskan atlet dari China, Chen Qing Chen dan Jia Yi Fan dengan catatan mata 21-19, 21-15 serta memberikan pingat emas pertama untuk Indonesia.

Hadiah untuk Greysia dan Apriyani 

Sebelum ini, kerajaan negara itu menjanjikan wang tunai 5 bilion rupiah (RM1.47 juta) dan sejak itu mereka menerima lebih banyak hadiah, lapor Berita Harian.

Selain itu, ketua daerah di tempat kelahiran Apriyani di Sulawesi menjanjikan lima ekor lembu dan sebuah rumah serta restoran bebola daging.

Pihak restoran juga memberikan pasangan wanita itu untuk membuka premis masing-masing. Betul-betul ‘durian runtuh’ ni!

Penghargaan daripada Presiden Indonesia

Menerusi hantaran Twitter Joko Widodo selaku Presiden Indonesia, beliau mengucapkan tahniah buat pasangan beregu wanita itu kerana dapat membawa pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo sekaligus mengharumkan nama negara.

“Kemenangan ini menjadi hadiah kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos. Terima kasih Greysia dan Apriyani!”. – Joko Widodo 

Beliau juga sempat untuk membuat sesi panggilan video kepada pasangan tersebut untuk mengetahui perkembangan mereka di negara matahari terbit itu selepas pertandingan.

Tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih daripada Joko Widodo kepada jurulatih badminton kerana berjaya melatih pemain badminton negara tersebut.

“Saya dilahirkan untuk menjadi pemain badminton”- Greysia

Berkata kepada Persekutuan Badminton Dunia, ketika berusia 13 tahun Greysia percaya yang dia boleh mencipta sejarah untuk negara terbesar di Asia Tenggara itu.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...