Aktivis terkenal, Greta Thunberg yang kini berada dalam tahanan rejim Israel selepas ditahan di perairan antarabangsa ketika misi Global Sumud Fortilla dilaporkan diseksa dengan teruk.
Perkara itu dimaklumkan salah seorang sukarelawan dari Turki yang sudah dibebaskan dan tiba di negara itu bersama 23 aktivis dari Malaysia semalam.
Ketika ditemu bual wartawan, Ersin Celik yang merupakan seorang wartawan tempatan memaklumkan rejim Israel telah diseksa dengan pelbagai cara antaranya diheret dengan rambutnya di depan tahanan GSF yang lain.
Mereka (Israel) mengheret Greta yang masih muda itu dengan rambutnya di depan kami, dipukul dan dipaksa mencium bendera Israel.
Tambahnya, rejim Isreal menyeksa Greta di depan mereka dengan bermacam cara sebagai tanda amaran untuk kesemua sukarelawan GSF yang ditahan.
View on Threads
Dibawa ke bilik tertutup
Sukarelawan dari Malaysia, Hazwani Helmi turut menceritakan pengalamannya melihat Greta dipukul dengan sangat kuat tanpa belas ihsan dan menampal bendera Israel di wajahnya.
Mereka melayannya seperti haiwan. Saya melihat sendiri bagaimana mereka memukulnya. Mereka memasang bendera Israel pada wajahnya. Mereka mengikatnya pada troli dan menyeretnya. Mereka memukulnya sesuka hati di mana sahaja mereka mahu.
Katanya lagi, Greta telah dibawa ke bilik tertutup di mana Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir turut hadir ke ruang berkenaan.
Ben-Gvir masuk ke dalam bilik bersama dia (Greta). Kami hanya mampu mendengar jeritan. Ia sangat menakutkan.
@ahmadzamri.rozali #sumudnusantara2025 #sumudflotillanusantara🇲🇾🇵🇸 #flotillasolidaria #stand4gretha #gretathunberg ♬ original sound – AhmadZamri