Sebelum bekerja di sini sebagai seorang pembantu teknikal, saya bekerja sebagai seorang pekerja pembersihan, bersama ibu saya. Saya dapat RM 900 sebulan. Waktu itu, saya mendapat banyak komen negatif dari kawan-kawan kerana saya diberitahu untuk tidak bekerja di sini. Kerjalah di mana saja, bukan di sini, kata mereka. Ini terutamanya kerana saya baru menjadi graduan Diploma Sains Geomatik dari UiTM Seri Iskandar, Perak.
Kemudian, saya ditawarkan kerja di Damansara sebagai Pembantu Teknikal untuk Acoustics. Saya bekerja di sana selama sebulan, dan bila saya ingin berhenti, majikan saya tidak benarkan.
Majikan saya kata tarikh lahir saya padan dengan Feng Shui syarikat. Dia menawarkan untuk memberi saya sebuah kereta dan berapa banyak pun gaji yang saya inginkan. Namun begitu, saya tiada mentor yang boleh mengajar saya mengenai kerja saya. Dan kita tidak dapat ikhlas melakukan kerja jika kita tidak gembira dengan syarat-syarat di tempat kerja. Jadi saya tolak tawaran itu dan bekerja semula sebagai pekerja pembersihan di RapidKL.
Semua majikan di RapidKL terkejut kerana seorang graduan universiti sanggup bekerja sebagai pekerja pembersihan–menyapu, mencuci tandas dan membuang sampah. Tapi, kamu tahu, jika ibu saya mampu membesarkan saya dengan melakukan kerja ini, mengapa pula saya tidak mampu? Sekurang-kurangnya saya dapat memahami apa yang ibu saya lalui untuk membiayai pendidikan saya dari sekolah hingga ke universiti.
Satu hari ibu saya beritahu saya yang mereka mahu saya bekerja di RapidKL. Saya hadir temuduga, dan saya bertuah dan bersyukur kerana saya diterima sebagai pembantu teknikal di sini, hari ini.
Saya bertugas di bahagian pentadbiran yang mengendalikan pembaikan berat dan ringan untuk tren-tren, ia sangat berbeza dari apa yang saya pelajari di universiti iaitu tentang GPS dan satelit, untuk memahami apa itu break caliper, mesin-mesin yang berkaitan, PCU (Passenger Communications Unit), EHU, hingga kepada memegang spanar!
Saya ada rakan-rakan yang mendapat anugerah dekan dan mendapat markah yang tinggi tetapi mereka masih belum bekerja. Mereka selalu tanya saya bagaimana saya dapat kerja sekarang. Selain dari kerana rahmat tuhan, ia juga kerana usaha dan keinginan untuk belajar. Kita perlu keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran dan orang baru.
Sumber: Humans of Kuala Lumpur–amazingnara.com