Graduan UiTM Dikecam Selepas Arah Permaisuri Selangor Pandang Kamera Ketika Istiadat Konvokesyen

Kehidupan

Graduan UiTM Dikecam Selepas Arah Permaisuri Selangor Pandang Kamera Ketika Istiadat Konvokesyen

Sebuah video tular di Threads mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang graduan UiTM didakwa mengarahkan Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, untuk “pandang kamera” ketika baginda sedang menganugerahkan skrol konvokesyen.

Perbuatan itu dianggap biadab dan tidak menghormati protokol istiadat, sekaligus mendapat kecaman ramai termasuk alumni universiti berkenaan.

Advertisement

Video tersebut dimuat naik pengguna Threads, yang meluahkan rasa malu melihat tindakan graduan berkenaan.

Sebagai alumni, sangat malu bila tengok video graduan UiTM suruh Permaisuri Sultan Selangor pandang kamera time nak bagi scroll. Adab dan protokol mana? Aku yang tak pergi rehearsal pun tak buat benda tu.

Menurutnya lagi, graduan tersebut dilihat secara langsung meminta Permaisuri menoleh ke arah kamera demi gambar peribadinya sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam majlis rasmi seumpama itu.

Macam tu je dia suruh Permaisuri tengok kamera demi gambar dia. Memalukan UiTM. Harap budak ni digantung sijil konvo dan ambil satu sem lagi kos adab.

Netizen Anggap Tindakan ‘Tak Hormat Istiadat’

Klip itu mengundang ribuan reaksi netizen yang rata-ratanya bersetuju bahawa tindakan graduan tersebut melanggar adab, etika dan protokol istana. Ramai menganggap majlis konvokesyen adalah acara formal yang mempunyai susunan istiadat serta aturan jelas, dan tidak boleh diperlakukan seperti sesi fotografi biasa.

Ada juga yang mengingatkan bahawa Permaisuri hadir sebagai tetamu diraja, bukan jurufoto profesional untuk memenuhi permintaan graduan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami kantoi
2025-11-24 11:14:00

Suami ‘Mesyuarat’ Terperangkap di Hatyai , Alasan KL Banjir Kantoi Sebab Lokasi 'Live' Tersilap Hantar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...