Graduan Jangan Manja, Bayar Hutang PTPTN – Timbalan Menteri Sumber Manusia

Trending

Graduan Jangan Manja, Bayar Hutang PTPTN – Timbalan Menteri Sumber Manusia

Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Wan Saiful Wan Jan sebelum ini memperkenalkan dasar baharu, Potongan Gaji Berjadual (PGB) sebagai kaedah bayaran balik bagi pinjaman PTPTN.  Kaedah itu akan dilaksanakan apabila gaji peminjam menceah RM2,000 sebulan dan peratus potongan adalah di antara 2 hingga 15%.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pembayaran balik pinjaman secara potongan gaji berjadual ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada beberapa pihak kerana kaedah itu akan membebankan lagi peminjam.

Tentu sekali isu ini mencetuskan perdebatan hangat dan terbaru Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, graduan tidak seharusnya menjadi manja mengharapkan gaji bulanan mereka sahaja dan seharusnya mengambil langkah untuk merencana kehidupan dengan baik selepas memiliki segulung ijazah. Apa salahnya untuk bersikap komited dan membayar semula pinjaman selepas kerajaan membantu pengajian mereka.

Tidak boleh ada persepsi jika dapat kerja makan gaji dengan kerajaan, baru nak bayar semula. Tak bolehlah tunggu kerja tu datang, mahasiswa  harus proaktif , inovatif dan produktif untuk cari pendapatan. Sepatutnya begitu, tetapi yang berlaku masing-masing harapkan kerja makan gaji, baru nak bayar. Ini tidak seharusnya berlaku. Dengan segulung ijazah seharusnya mereka bijak merancang masa depan dan berusaha.

Keputusan tangguh bayaran balik PTPTN menunjukkan sikap keterbukaan menteri yang prihatin dengan suara graduan yang masih belum mampu beri komitmen bayar pinjaman. Namun selepas tempoh berakhir, mereka pula harus komited bantu kerajaan selepas kerajaan bantu mereka dalam pengajian.

Ramai yang mempersoalkan mengapa pemansuhan PTPTN tidak dilaksanakan seperti yang  dijanjikan PH dalam manifesto 10 janji 100 hari sempena PRU ke-14. Kata Mahfuz, hasrat awal kerajaan PH itu tidak sesuai dilaksanakan pada masa ini tetapi mungkin dalam jangka masa panjang ia boleh dipertimbangkan semula.

Sumber Berita : Sinar Harian

Kredit Foto : The Sun Daily

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...